Assalamua'laikum Warahmatullah Wabarakatuh..
Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk update blog..bukan setakat bersawang, dah jadi blog usang. Semua orang diberi masa dan waktu yang sama yakni 24 jam dalam sehari tetapi diri ini yang sering tertewas melangkau dan mengejar masa. Alhamdulillah hari ini, Allah gerakkan HATI untuk saling berkongsi.
Hati, terkadang diri ini keliru sekali apabila berdepan situasi yang berkaitan hati. Sesuatu yang susah untuk difahami. Dua tiga hari ini, hati dipamit kerinduan. Semakin kuat pula ia menyapa berbanding hari-hari lain. Rindu pada insan agung, kekasih dan kemanjaan Allah. Kekasih yang seharusnya mendapat tempat kedua di hati orang beriman selepas Allah yang berada di tempat pertama. Kerinduan yang bertandang menimbulkan fikiran dan pertanyaan 'bilakah dapat bertemu baginda?'
Rasulullah, terlalu rindu..
Padamu junjungan jiwa..
Didalam senda yang utama..
Menyambungkan kasih denganmu..
Sukar dimengerti, berada di jalan dakwah, jalan yang direntas oleh Rasulullah dan kita hanya melalui sahaja jalan yang direntas oleh baginda. Sudah tentulah insan yang merentas jalan tersebut lebih melalui pahit getir dan duri-duri di sepanjang jalan berbanding kita yang telah disediakan jalannya. Hakikat ini begitu mendatangkan rasa sebak dalam diri ini. Namun ada suatu kemanisan yang ditinggalkan insan agung ini buat para pejuang yang mewarisi jalan perjuangan baginda. Ukhuwah..ya, ukhuwah dan rabithah hati. Nilai ikatan yang tidak akan sama dengan mana-mana ikatan persahabatan sekalipun. Sungguh, dihadirkan sahabat-sahabat yang sentiasa berjalan seiring dalam jalan perjuangan adalah satu anugerah yang tidak ternilai buat insan kerdil ini. Masih dikurniakan sebegitu besar nikmat dalam merentas jalan yang penuh liku cacian, hinaan dan duri-duri cercaan manusia.
Beberapa waktu menyepi, penulis menerima satu pesanan SMS daripada sahabat yang sangat disayangi. Banyak persamaan antara diri ini dengan dirinya menimbulkan keserasian yang bukan sedikit. Lantas, keserasian yang terbina diterjemah dalam bentuk rabithah hati kerana Allah. Selepas berbalas pesanan buat beberapa ketika, timbul satu pertanyaan darinya..
" Sejak bila sahabat ana ni suka gelak?? dulu tak macam ni pun. -_-"
Sungguh, terasa satu tusukan menusuk ke hati. 'Sejauh ini dia mengenali diriku?' walaupun tidak mendengar suara dan hanya berbalas pesanan, dia masih mampu mengenali dan perasan akan perubahan sahabatnya ini.
Dulu, di alam persekolahan, sahabatnya ini (penulis) hanya seorang pelajar yang pendiam dan susah bersuara, sangat susah untuk mendengar lontaran kata-kata mahupun idea daripadanya. Bekerja dalam badan dakwah masih belum cukup membuatnya belajar akan sesuatu. Bekerja tanpa memerlukan tenaga muslimin dan baginya muslimat masih mampu melakukan kerja walaupun tanpa tenaga daripada kaum adam. Lantas segala kerja dakwah dilaksanakan hanya dengan tenaga muslimat. Muamalah yang terlalu sedikit dengan muslimin menjadikan kumpulannya dikenali dengan golongan 'skema', 'thiqah'dan 'baik-baik'.
Itu dulu..kini, semuanya berubah. Sahabatnya ini telah banyak berubah. Banyak bergurau dan sentiasa mengukir senyuman. Hingga terkadang diri sendiri berasa tidak thiqah lagi. Kerja yang perlu dijalankan dengan kaum muslimin menjadikan dirinya takut melanggari batasan lantaran kurangnya pengalaman dalam bermuamalah selain bermuamalah dengan muslimat. Kadang-kadang dirinya tertanya-tanya dan keliru, 'perlukah perubahan itu?', 'perlukah menjadi orang lain demi meraikan insan lain?' Sungguh, diri ini perlu banyak muhasabah dan istikharah.
Sahabat, terima kasih kerana menjadi sahabat dan kemanjaan hatiku. Menegur di kala diri ini semakin tersasar lari, menggenggam tangan menyalurkan kekuatan dan ketabahan di saat kekeliruan menyelimuti hati dan membimbing di saat aku lupa menjaga diri. Sungguh, diri ini perlu banyak muhasabah dan sentiasa perlukan pelukan kasih sayang daripada dirimu.
Wallahua'lam.
credit to: Ain Afikhah kemanjaanku..(^_^)
Tuesday, 1 October 2013
Thursday, 14 March 2013
Kerana Aku Peduli..(buatmu Muslimah)
Assalamua’laikum
warahmatullah wabarakatuh..
Kehadapan
saudariku yang ku kasihi kerana Allah, untuk permulaan warkah ini, ingin ku
nyatakan rasa sayangku kepadamu, kerana kau insan yang sangat dekat dihatiku.
Sesungguhnya aku menyayangimu kerana ingin meraih redha Allah.
Saudariku,
Jauh di
sudut hati ini, aku ingin menjadi seorang wanita yang jauh lebih baik dari
siapa aku hari ini. Namun aku tahu, jika aku sendiri, aku tidak mampu
menghadapi mehnah dan tribulasi. Maka aku ingin mengajakmu bersamaku menyusuri
jalan ini.
Saudariku,
Sekian
lama aku mengagumi dirimu, kerana kau insan yang dekat dihatiku. Cuma satu
impianku, aku ingin kita menjadi anak yang menyejukkan hati ibu dan ayah,
adik@kakak yang membimbing kearah kemuliaan seorang wanita dan bakal isteri
yang membantu perjuangan para suami, sayap kiri bagi seorang mujahid sejati
kerana kita ada peranan untuk membangun ummah wahai saudariku yang dikasihi.
Wahai
saudariku, jagalah kehormatanmu. Jangan terlalu mudah menyambut huluran salam
perkenalan yang membuatmu asyik dengan dunia. Kerana dirimu harus menguatkan
seseorang untuk membangun agama. Aku yakin engkau mampu menjaga IZZAH seorang
bidadari dunia.
Terdetikkah
dihatimu apa yang kukatakan ini? Jangan bersedih saudari, engkau mawar agama
yang diredhai Allah dan dicintai Nabi. =)..wahai saudari, ketahuilah. Engkau
jiwa yang baik, jiwa yang rindu, Cuma engkau KELIRU. Ayuh kita bersama menuju
redha Illahi. Saudari, engkau ada satu jalan, dan engkau sentiasa punya satu pilihan.
Iaitu kembali kepada LUASNYA KEHIDUPAN BERTUHAN. Kembali berteduh di bawah
redup kasih Illahi, nescaya engkau dikurnia kasih seorang lelaki yang baik
iaitu suami. Usah takut, bukankah aku juga sepertimu? Maka aku akan
bersamamu..saling menyokong dan memimpin tika kita sama-sama meniti dan
bertatih di atas jalan ini, yang pasti, engkau tidak sendiri kerana aku
menyayangimu..=)
Wallahua’lam..
~~ KERANA
AKU PEDULI ~~

Sunday, 24 February 2013
IKHLASkah kita dalam berUKHUWAH?
Assalamua'laikum warahmatullah wabarakatuh..
Ayuh bertahmid, bertasbih dan bertakbir memuji Allah swt kerana begitu banyak nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada kita, maka zahirkanlah kesyukuran itu dengan sentiasa memuji-Nya, insya-Allah. Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7: "jika Kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw kerana tanpa keperitan dan kesusahan yang dialami baginda untuk menyebarkan Islam, nescaya tidak kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam pada hari ini.
Kata-kata Hujjatul Islam Al-Imamul Ghazali, "Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Masya-Allah, betapa indahnya mengukir ukhuwah kerana Allah kerana bukan pertemuan menjadi nilaian tetapi ingatan seorang sahabat kepada seorang sahabatnya yang lain di dalam doanya.
Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,
Ukhuwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ
Imam Hassan al-Banna meletakkan 3 tahap ukhuwah. Setiap mukmin yang berukhuwah mampu mengukur sejauh mana mereka mampu menghayati nilai ukhuwah itu sendiri. 1) Salamatul sodri (berlapang dada), 2) musawah (kesamarataan) 3) Ithar (melebihkan kepentingan sahabat melebihkan kepentingan sendiri. Pada pandangan penulis yang lebih mengenali diri sendiri, penulis sendiri pun masih tidak mampu untuk mencapai tahap pertama dalam berukhuwah, inikan pula mencapai tahap sanggup berkorban demi sahabat sendiri. Kadangkala timbul satu perasaan tidak puas hati terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat kita sehinggakan rabithah itu menjadi renggang. Astaghfirullahala'zim, sehingga kini pun penulis masih berusaha mengingatkan diri agar sentiasa berlapang dada dengan sahabat. Benarlah bahawa peringatan itu sentiasa memberi manfaat bagi orang-orang yang beriman.
Perumpamaan dari Sayyid Quthb :
“persaudaraan adalah mukjizat, wadah yang saling berikatan dengannya Allah persatukan hati-hati berserakan saling bersaudara, saling merendah lagi memahami, saling mencintai, dan saling berlembut hati”
Untaian kata dan perumpamaan di atas memberikan pemahaman lebih mengenai hakikat dari sebuah kata ‘ukhuwah’. Banyak hal yang tak terfikirkan justeru ternyata dari sanalah hikmah ukhuwah itu muncul. Ia memberi kefahaman bahawa ukhuwah itu melebihi batas-batas kekeluargaan sedarah seibu, sehingga saudara seiman adalah bagai sebuah tubuh yang jikalau ada bahagian tubuh itu yang sakit maka bahagian tubuh yang lain akan ikut sakit.
Penulis teringat akan satu kata-kata coretan Hilal Asyraf dalam buku 'Fanzuru'. Beliau mencoretkan bahawa apakah yang menjadikan ukhuwah itu indah? Jawapannya adalah pengorbanan. Dengan pengorbanan kita terhadap sahabatlah yang akan menjadikan kita lebih tenang ketika bersamanya. Bukankah kita tidak patut bersahabat dengannya kerana kelebihannya? Sahabat kita juga adalah manusia biasa yang tidak dibekalkan dengan kesempurnaan, maka kitalah yang bertanggungjawab mengorbankan diri untuk melengkapkan kekurangannya itu.
Teringat satu kisah di zaman hijrah Rasulullah saw yang mana Abdurrahman bin Auf telah berhijrah dan beliau disambut oleh seorang pemuda Ansar. Melihatkan Abdurrahman bin Auf tidak mempunyai satu harta pun, maka dengan senang hati beruntaikan aqidah Islamiyyah, pemuda tadi telah menawarkan kepada Abdurrahman bin Auf akan isterinya. Pemuda tersebut berkata: wahai saudaraku! Daripada kalangan-kalangan isteriku ini, pilihlah yang paling muda untuk menjadi penemanmu. Subhanallah, betapa tingginya tahap ukhuwah antara sahabat di zaman Rasulullah dan betapa hebatnya tarbiyah Rasulullah apabila mampu melahirkan sahabat yang sanggup berkorban sedemikian rupa..apakah kita mampu melakukannya? tepuk dada tanya iman..=)
Benarlah ukhuwah itu bukan sekadar kata-kata yang mudah meluncur dari bibir tetapi ukhuwah itu memerlukan penghayatan dan pembuktian dari sudut amalan insani. Jika kita sekadar melafazkannya tetapi amalan kita tidak melambangkan ukhuwah pun maka ikhlaskah kita dalam berukhuwah?

Friday, 2 November 2012
Mereka pilihan Allah..
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua'laikum warahmatullah wabarakatuh.
Alhamdulillah thummal hamdulillah, dengan izin Allah dapat jgak mengupdate n3 di blog yg sudah bersawang ini..hehe. nak dikatakan sibuk dengan urusan seharian, ada orang yang lagi sibuk, Hassan Al-Banna pun seorang pejuang yang sangat sibuk tetapi masih mampu mengatur urusannya dengan begitu baik sehingga anak-anaknya tidak pernah terasa asing dengannya, Subhanallah, beliau begitu mengamalkan muwasafat tarbiyah yang 10 tu..huhu. sebenarnya penulis bukan sibuk sangat tp sebab kemalasan melanda diri menyebabkan teratak Tinta Hati ni dah bersawang, (lepas ni nk pegi kedai beli penyapu sawang =P). Ape-ape pun segala puji bagi Allah yang memilih dan menggerakkan hati penulis untuk mengupdate n3, tanpa bimbingan hati daripada Allah, penulis tidak akan mencoret n3 disini kerana semuanya berlaku dengan izin dan bimbingan Allah jua..=)

Apabila disebut bimbingan Allah ni, kebelakangan ni penulis kerap menyedari betapa Allah memilih hamba-hambaNya yang nak diberi kebaikan oleh Allah. Terasa diri sangat bertuah, uhuuu..Nak diceritakan, hari khamis yang lepas penulis menyertai program usrah wida' di salah sebuah sekolah, usrahnya sudah berjalan sejak bulan Mac yang lepas, kiranya program tu adalah penutup usrah kami. Penulis dan 7 orang lagi rakan muslimat yang lain berperanan sebagai naqibah la walau ilmu x banyak mana tapi terasa jgak tanggungjawab untuk mengislah ummah. Kami 8 orang terpilih sebagai naqibah daripada ramai lagi yang lain..memang pilihan Allah la yang mengetahui tiap sesuatu. Pada hari tersebut, dapat jgak melepaskan kerinduan pada adik-adik setelah berapa lama tak jumpa. Excited muka setiap sorang..hehe. Dipendekkan ceritanya, program berlangsung sehingga jam 12.30 tengah hari. Selepas tu, kami fesi-fesi semua duduk berbual dengan sorang ustazah ni. Kalau tak silap Puan Aslaniah namanya. Penulis suka berbicara dengan ustazah ni, beliau seorang yang tenang namun disebalik ketenangan tu, nampak jugak riak keresahan dari air mukanya. Beliau berkata: "budak-budak ni macam kanak-kanak lagi, nak cari seorang yang ada sifat kepimpinan pun susah, tak macam kita dulu kan..kalau boleh biarlah budak-budak aliran KAA (kelas aliran agama) ni jadi contoh pada pelajar-pelajar lain dari segi akhlaqnya, akademiknya, semua la. Mereka bagus tapi tu lah, banyak main. Ustazah harap sangat abang-abang dan akak-akak yang ada ni la dapat bentuk pelajar dan tegur mana yang patut, kami ni ustazah-ustazah nak tegur, dah macam mak dieorang dah, pelajar dah tak nak dengar." Setelah berbual panjang dengan ustazah, barulah penulis dan rakan-rakan tahu lebih dalam pasal latar belakang pelajar-pelajar ni. Menurut ustazah juga, mereka pelajar-pelajar ni kena lalui ujian saringan dahulu sebelum memasuki kelas KAA. Hanya yang terpilih sahaja dapat masuk. Alhamdulillah. penulis kagum pada adik-adik ni, sebab daripada ramai-ramai pelajar nak mendaftar tu, Allah pilih mereka untuk menduduki ujian saringan dan kemudian Allah pilih lagi untuk belajar agama melalui kelas KAA, untuk mendalami agama la kiranya. Cuma pada pandangan penulis, adik-adik penulis ni masih tak matang dan terikut-ikut dengan persekitaran. Islam itu sangat mudah dinampak. Pada penulis, tak kisah la kalau ada seorang atau pun 2,3 orang dalam satu kelas tu yang mengamalkan Islam dan membawa imej Islam, mesti kelas tu akan turut terkena tempiasnya, penulis pun cakap melalui pengalaman penulis masa sekolah-sekolah dulu. Lagi satu, penulis sangat kagum pada ustazah-ustazah yang menjalankan peranan mereka, apabila mereka merasakan mereka tidak mampu untuk menegur maka mereka adakan link dengan abang-abang dan akak-akak ni untuk bimbing pelajar. Penulis tersentuh dengan kata-kata Puan Aslaniah, katanya: "apanila kita duduk dalam suasana yang penuh tarbiyah, kita takkan berasa yang tarbiyah itu satu anugerah tapi bila kita dah jauh dari tarbiyah, duduk dalam suasana yang tak ada tarbiyah, barulah kita akan tercari-cari semula tarbiyah tu." Benarlah, bahkan penulis bersyukur Allah sentiasa tempatkan penulis di tempat yang ada tarbiyah (mungkin sebab Allah tahu yang penulis ni sangat lemah kalau tak ditarbiyah) bermula dari Pasti Al-Hidayah, kemudian ke Sekolah Menengah Agama Chenor, kemudian ke Kulliyah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakr, dan sekarang di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, alhamdulillah =).Ini semua memang pilihan Allah!! Subhanallah yang sebaik-baik perancang. Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin.
" TIADA MANUSIA YANG LUAR BIASA MELAINKAN MENUSIA YANG MENGENAL ISLAM MELALUI TARBIYAH "
USRAH- Untuk Saya Rasa Allah Hebat!
Wallahua'lam..

Monday, 2 July 2012
~ Menghayati "contengan jalanan" ~
Assalamua'laikum warahmatullah wabarakatuh.
" Contengan jalanan, coretan pengalaman perjalanan cari Tuhan.."
Alhamdulillah, dah habis dah baca buku ni. Sebuah novel yang mengisahkan tentang perjalanan mencari Allah, dan berjaya membawa pembaca seperti penulis blog ni menyusuri perjalanan yang sama mencari Allah. Memang tak tahu kenapa novel ni meninggalkan kesan dihati. Jauh disudut hati, seketul daging ini menangisi kekhilafan diri yang makin jauh dari erti sebenar hidup dan jauhnya dari erti luas kehidupan bertuhan.
Novel ini mengisahkan tentang Muhammad Affendy (Fend), Ku Kamaruzzaman dan Muhammad Irsyad (Chad) merangkap sepupu fend dalam perjalanan mencari erti hidup yang sebenar. Kita memang tak boleh nak jangka apa yang telah Allah tetapkan dalam hidup ni. Kalau Allah nak bagi hidayah, Dia akan bagi dengan apa jua cara sekalipun. Fend, seorang yang tidak banyak cakap dan memang setia dengan gitar kesayangannya. Peminat muzik-muzik rock klasik dari barat, sama seperti Ku Kamaruzzaman. Satu hari, dia terjumpa seorang wanita bernama Amalia yang banyak menimbulkan soalan-soalan random dalam kepalanya. Satu soalan utama yang perlukan jawapan adalah: THE MAN WHO DECIDED TO CHANGE ON THE TWELFTH HOUR DIED ON THE ELEVENTH. Apa maknanya tu?
Perjalanan hidup dari hari ke hari bagai ingin menyingkap jawapan bagi persoalan tersebut. Dari seorang yang berasa puas dengan kehidupan sosialnya, dan berasakan tiada apa yang bakal dikesalkan sekiranya dia mati, tanpa dia sedari dia tidak boleh lari dari manual yang ditetapkan oleh Allah. Sehinggalah dia ditakdirkan mengikut sepupunya Chad yang berasa ada sesuatu yang perlu dicari untuk melengkapkan hidupnya lalu keduanya mengambil keputusan untuk backpacking ke Australia. Di bumi Allah itulah dia menemui jalan hidayahnya setelah masjid-hopping disana selama seminggu. Bulan Ramadhan yang pertama kali disambut di Australia, menemukan keduanya dengan ramai hamba Allah yang membuatnya lebih menghayati madrasah Ramadhan. Hari raya menjelang tiba dan keduanya pulang untuk menyambut syawal di kampung meskipun berat untuk meninggalkan bumi tarbiyyah buat keduanya. Disanalah dia berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk al-Quran dan berjaya menghabiskan syarah 40 hadith Imam Nawawi. Setelah pulang ke kampung, tarbiyyah Ramadhan dari Australia masih lagi terasa. Sehinggalah malam syawal, keduanya berbual sehingga larut malam. Chad bersyukur dia masih berpeluang untuk berubah. Katanya syukur dia masih berkesempatan berubah walaupun 'pada jam yang ke 10'. Fend pula bersyukur dan berterima kasih kepada Chad kerana sama-sama 'mengheretnya' dalam perjalanan mencari Allah.
Tanggal 1 Syawal, menyaksikan episod duka dalam hidup Fend, Chad sudah menghabiskan 'jam yang ke 11 nya'. Dia meninggal akibat kemalangan setelah selesai mengerjakan solat zohor. haa, nak tau lagi, beli novel ni dan baca sampai habis ye..tak larat dah nak jadi pengulas. =P..tapi memang novel ni membawa seribu satu rasa dalam diri, rasa menyesal, ingin kembali ke pangkal jalan agar nanti bila sampai 'jam yang ke 11' tu, tak la menyesal. Hayatilah sikit-sikit kata tarbiyyah dari HLOVATE ni..
" My similitude and that of the life of this world is that of a traveller who took a rest at mid-day under a shade of a tree and then left it." (Narrated by Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Majah and Al-Hakiim)
" Berkata Yahya ibnu Mu'adz (seorang ahli sufi): Aku tidak akan suruh kamu tinggalkan kehidupan duniawi, tetapi aku menyuruh kamu untuk tinggalkan dosa. Tinggalkan duniawi itu terpuji tetapi tinggalkan dosa itu satu tanggungjawab. Dan tinggalkan dosa itu lebih baik dari tinggalkan duniawi."
" Read and heed" itulah kata-kata yang diberikan Fend kepada Ku Kamaruzzaman agar sahabatnya itu turut menemui erti hidup. Walaupun jalannya berbeza, tempat tarbiyyahnya berbeza tetapi Ku Kamaruzzaman tetap berubah. Senang cerita baca je lah kan..Mesejnya di sini, mungkin buku ni salah satu wasilah yang membuatkan diri ini sedar dan berubah, dan tak semestinya orang lain akan berubah sebab buku ni. Janji semua dapat hidayah Allah dan berubah sebelum terlambat sebab kita tak tahu bila 'jam yang ke 11' kita tu.
Wallahua'lam..=) (Doakan kita sama-sama berada dalam kalangan hamba Allah yang terpilih..)
~ Verily, man is in loss. Except those who accepted faith, and did good deeds and urged one another to the truth-and urged one another to have patience. ~ (al-A'sr: 2-3)
Semoga buku ni dapat menjadi saham akhirat buat penulisnya.aminn..
Sekian..(^_^)
sumber: 24 hours in the life of muslim. ( Harun Yahya)
contengan jalanan (Hlovate)

Saturday, 30 June 2012
~ Dia Pasti Ada ~ (episod 4)
Tepat pukul 9 malam, Lutfi menelefonku. Beiring doa didalam hatiku agar semuanya dipermudahkan, aku mengangkatnya. "Assalamua'laikum..buat apa permaisuri hati?" ceria suara Lutfi. "Wa'alaikumussalam." ringkas jawapanku. Berbalut rasa tidak senang ganti diri yang ditujukan buatku. "Kata tadi ada perkara nak bincang. Apa dia?" tanyanya ingin tahu. "Tak apalah. Enta nk bincang apa petang tadi, enta mulakan dulu." aku tidak mahu Lutfi akan kehilangan bicara saat dia mendengar terlebih dahulu apa yang ingin aku katakan. "Oh tidak, tak ada apa-apa. Ana sekadar ingin bertanya khabar. Memastikan permaisuri hati ana ni sihat walafiat." Lutfi menyatakan tujuannya menelefonku petang tadi. Rutin hariannya, menelefonku sekadar bertanya khabar. Tanpa ada hal mustahak dan penting untuk dibincangkan. Sesuatu yang aku rasa tidak perlu dizahirkan. Simpan sahaja segalanya saat aku benar-benar menjadi miliknya. Jangan hanyut dengan mainan nafsu yang hanya membelai jiwa untuk ralit dengan rasa cinta yang masih belum halal. Bukan cinta begini yang aku dambakan. Bukan sama sekali.
"Hmm, sebelum bercerita panjang, ana mohon kemaafan terlebih dahulu. Mungkin apa yang ana luahkan ini akan mengejutkan enta." aku memulakan bicara. "Bunyi macam penting saja. Ana bersedia mendengar." Balas Lutfi semakin ingin tahu. Suaranya sudah mula serius. "Ana dah buat keputusan, ana tak boleh teruskan hubungan kita ini. Ana sudah berfikir panjang, bukan sebab enta tak baik tetapi bukan ana yang terbaik untuk enta. Ana tak mampu untuk memenuhi kriteria isteri yang enta inginkan. Impian kita tidak sama. Ana tidak mampu melepaskan ikatan perjuangan yang sudah ana simpul mati dalam diri ana. Ana tidak mahu mengorbankannya hanya kerana sebuah perkahwinan. Hanya ini yang memisahkan kita. Sekali lagi ana mohon sejuta kemaafan." ringkas penjelasanku. Tetapi aku pasti cukup jelas isinya. Sebab hal ini bukan pertama kali kami bincangkan. Bezanya malam ini, aku nekad dengan keputusanku. Aku yang memberinya kata dua. Talian sepi seketika. Tiada butir bicara Lutfi sampai ke corong telingaku. Aku tidak mahu membayangkan wajahnya. Tidak mahu ada apa-apa yang akan mengubah keputusanku.
"Kalau itu permintaan enti, ana tak boleh kata apa-apa lagi. Ana akur semuanya. Ana terima ini sebagai suratan takdir. Jodoh kita tiada. Semoga enti bertemu dengan insan yang sepadan. Punya aspirasi dan impian yang sama." Lutfi akhirnya bersuara. Nadanya tidak lagi ceria. Berbaur kesal dan kecewa. "Terima kasih atas doanya. Sekali lagi ana mohon maaf sangat-sangat." aku mengulangi permintaan maafku. Tidak mahu ada garis luka dijiwanya walau aku tahu itu mustahil. "Ana pun sama. Maaf untuk segalanya. Assalamua'laikum." Lutfi menamatkan perbualan. Ada getar dihujung suaranya. Aku terkedu menggenggam telefon bimbitku. Tidak menyangka seringkas itu perbualan kami. Tanpa pujuk rayu dan hujah balas. Jauh di sudut hati, aku terus berdoa, jangan ada benci antara aku dan Lutfi. Apatah lagi aku menamatkan perhubungan yang sudah sangat hampir ke gerbang perkahwinan ini. Ada juga terbit rasa bersalah di hatiku terutama ketika mendengar suara Lutfi yang tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya. Namun aku sudah tidak boleh berpatah kembali lagi. Jalan inilah yang terbaik untukku. Hasil musyawarah dengan kedua orang tuaku dan istikharah berulang kali dengan Sang Pencipta. Tiada ragu lagi.
Aku menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan. Syukur Allah permudahkan segalanya. Aku kini bebas dari resah jiwa dan beban minda. Aku boleh fokus sepenuhnya pada amanah dakwah. Tugas dakwah melebihi masa yang ada. Tiada ruang untuk aku bermain-main dengan masa yang berlalu tanpa mungkin diputar ganti. Sebelum mata terlena malam itu, sempat aku renung rembulan dan bintang bercahaya. Tiada lagi wajah Lutfi. Wajah siapa yang akan mengisi taman hati, aku juga tidak pasti. Tetapi aku yakin, dia akan hadir di sisi. Dia yang akan memimpin tanganku berlari berkejaran dimedan dakwah ini. Hingga kami akan berhenti berehat, setelah sampai di taman syurgawi. Aku pasti, dia ada!
*sharing is caring: dipetik dr majalah tarbawi - 60 tahun mempersada gerakan.
Sekian..=)
Saturday, 28 April 2012
~ Dia Pasti Ada ~ (episod 3)
Senja itu, munajatku panjang di tikar sejadah. Sengaja ku lamakan wiridku. Alunan al-Qur'an juga aku banyakkan. Biasanya aku mendisiplinkan diri, usai maghrib aku harus membaca sekurang-kurangnya semuka al-Qur'an beserta terjemahannya. Mentadabbur kalam suci itu biar menyuluh terang lorong kehidupan. Jangan tersasar haluan dan silap langkah. Jalan ini masih panjang dan jauh. Apatah lagi dipenuhi duri-duri yang mudah mensasarkan laluan menuju Firdaus yang indah. Menenangkan gundah di hati, berkumandang azan Isyak baru aku sudahi pembacaan Qur'anku. Terasa ketenangan memenuhi sukma. Kepala terasa sedikit ringan dari beban minda dan ralat jiwa.
Aku sudah semakin bersedia untuk meluah rasa. Istikharahku beberapa hari lepas juga memberi isyarat bahawa ini adalah keputusan yang terbaik harus ku ambil. Abah dan emak sudah aku maklumkan semasa kami makan malam kelmarin. "Kenapa tiba-tiba buat keputusan mengejut macam ni?" soal abah sedikit tegas. Air muka mak juga kelihatan keruh. Mujur nasi sudah dijamah. Kalau tidak, mahu juga terbantut selera orang tuaku mendengar kejutan ini. Namun aku menjelaskan satu persatu. Tanpa selindung, jelas dan nyata. "Tapi Lutfi tu kan jurusan agama, takkan dia nak bina keluarga yang langgar syariat. Lagipun Zahra bukan muda lagi. Kawan sebaya Zahra semua dah kahwin." Komen abah lagi sebagai tanda kurang senang dengan tindakanku. Baginya usiaku sudah agak terlewat untuk terus membujang. "Memang benar abah, Zahra tak nafikan. Lutfi seorang yang baik. Tetapi Zahra mahukan yang lebih baik. Zahra bukan sekadar nak membina Baitul Muslim tetapi Zahra nak lebih lagi iaitu Zahra nak membina Baitul Dakwah. Insya-Allah, Zahra yakin Allah maha mengetahui. Soal jodoh, sudah tersurat. Zahra cuma minta mak dan abah doakan Zahra dimudahkan urusan jodoh. Bertemu seseorang yang dapat bersama dengan Zahra menyusuri jalan dakwah ini." Jawabku jujur.
Tidak perlu aku menyembunyikan isi hatiku. Abah waliku. Dia berhak tahu dan dia juga pasti inginkan yang terbaik untuk anaknya ini. "Sebenarnya mak juga terkejut dengan keputusan mendadak ini. Apatah lagi Zahra sudah berjanji untuk menerima Lutfi. Mak tidak mahu orang kata kita tidak berpegang pada janji. Tetapi ini soal hidup dan masa depan Zahra. Sekali Zahra bersetuju memilih Lutfi sebagai suami, kesetiaan dan ketaatan Zahra sudah tidak boleh berbelah bahagi lagi. Perkahwinan adalah jambatan Zahra menuju redhaNya. Redha Allah beriring denga redha suami. Jika dari awal lagi Zahra yakin tidak punya keserasian dan kesefahaman terutamanya melibatkan soal fikrah yang bersangkut paut dengan agama, maka memang wajar Zahra menilainya kembali. Mak ikut saja keputusan Zahra. Insya-Allah, mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak." Panjang lebar mak menghuraikan pendapatnya. Pandangan yang menyejukkan jiwaku. Ternyata naluri keibuannya dan naluri kewanitaan yang kami kongsikan bersama mudah untuk mak memahami sepenuhnya situasiku. Aku lantas memeluknya erat. Membisikkan ke telinganya, terus doakan agar aku kekal dan istiqamah dalam jalan perjuangan ini. Aku mahu menjadi seperti Saidatina Khadijah, pembantu setia perjuangan suami tercinta hingga ke hujung nyawa.
Abah juga akhirnya mengangguk tanda setuju. Keputusan kami capai di meja makan malam itu. Sedari kecil aku memang diasuh untuk berbincang terlebih dahulu dengan mak dan abah walau sekecil dan sebesar mana masalah itu. Mak kata, keputusan akan lebih berkat kalau dibawa berbincang. Cuma kedua orang tuaku mengingatkan aku berulang kali, khabarkan kepada Lutfi mengenai keputusan mengejut itu dengan cara baik. Apatah lagi, dia dan keluarganya sudah merancang untuk meminangku bulan hadapan. Mujur juga aku tidak mahu bertunang tempoh hari. Hal sebegini yang aku khuatirkan terjadi. Apatah lagi aku menerimanya tempoh hari sebelum berfikir masak-masak. Hanya kerana permintaan abah. Hanya kerana itu.

*sharing is caring: dipetik dr majalah tarbawi pas- 60 tahun mempersada gerakan.
-akan bersambung...=)
Monday, 6 February 2012
~ Dia Pasti Ada..~ (episod 2)
Saat asyik mengimbau perbualanku dengan Anis tempoh hari, telefonku berdering. Nada dering InsyaAllah, alunan Maher Zain aku biarkan seketika. Malas benar bangun melangkah menggapai telefon bimbit di hujung katil. Sekali lagi telefon itu berdering. Aku gagahkan jua bangkit dan mencapainya. Tertera nama Lutfi di skrin telefon. Dengan hati yang berat aku menjawabnya. " Assalamua'laikum warahmatullah. Kenapa tak angkat?" suara Lutfi berbaur keresahan. "Wa'alaikumussalam warahmatullah..handphone duk jauh tadi." ringkas jawapanku. "Allah, ana ada hal kejap, lepas Isyak ana call balik. Gantung handphone di leher, tak lah susah nak angkat." riang nada Lutfi di hujung talian. "Insya-Allah,ana pun ada hal nak bincang ngan enta." Aku menjawab ringkas.
Pemuda lulusan timur tengah itu sememangnya seorang yang sangat prihatin. Mudah mempamerkan kerisauan dan mempamerkan sayangnya. Namun naluri wanitaku tidak senang dengan sikap sedemikian. Aku tidak seperti kebanyakan wanita, mudah cair dan hanyut dengan ayat-ayat cinta yang dilafaz penuh romantik dari Sang Arjuna. Sangat tidak selesa dibelai dengan kata manja saat segalanya belum halal dizahirkan. Sungguh aku rimas dan dibalut rasa berdosa. Dalam usrah, lantang bersuara menegur anak-anak usrah agar menjaga ikhtilat. Jangan sampai cinta fitrah menjadi fitnah. Jangan sampai hilang keberkatan dalam bahtera yang bakal dibina. Apatah lagi bahtera itu bahtera dakwah. Penuh dengan amanah dan tanggungjawab besar. Bukan sahaja untuk membina sebuah keluarga bahagia, tetapi menjadikan keluarga pemangkin untuk terus bergerak dalam arena dakwah. Suami imam yang bukan sekadar memimpin solat, tetapi mampu membawa keluarga memimpin ummah. Si isteri pula bukan sekadar menjadi solehah kerana taat pada suami dan menjadi ibu mithali kepada cahaya mata, tetapi mampu memimpin para isteri dan ibu yang lain untuk turut sama menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Bahkan zuriat yang dilahirkan telah diasuh dan terasuh jiwanya dengan roh dan semangat perjuangan untuk menegakkan Dinullah agar terus memayungi buana.
Tatkala melantunkan ayat kedua dan ketiga Surah As-Saff, ' Hai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.' Bertambah sesak nafasku. Bergetar jiwaku dengan ancaman kebencian itu. Apalah erti dunia dan seisinya andai hidup berteman kebencian Sang Pencipta. Tanpa kasih sayang dan rahmatNya, pasti saja hidup seakan mati yang belum mati. Sesalnya, Lutfi tidak memahami aspirasi diriku. Dia tidak mahu merealisasikan impian ini. Dia sekadar mahu membina Baitul Muslim. Tidak perlu berfikir soal ummah. Memadailah sekadar menjaga keharmonian rumahtangga. Katanya takut hilang fokus pada keluarga. Isteri tempatnya dirumah semata. Jaga dan didik anak-anak, jaga makan pakai suami sudah mencukupi. Acapkali juga aku menerangkan beserta hujah dan bukti nyata. Meminta dia cuba memahami. Memberi gambaran akan jauhnya ummah hari ini dari syariatullah. Islam sekadar agama. Bukan cara hidup yang menjadi pakaian peribadi. Dengan latar belakang pendidikan agama sepenuhnya, aku menyangka mudah baginya memahami senario semasa. Anggapanku meleset sama sekali. Bahkan dia pula menasihatiku. Tidak payah melibatkan diri dengan hal yang sebegini. Semua ini politik katanya. Politik itu tiada yang betul dan penuh dengan kotoran dari tangan-tangan manusia. Aku semakin kecewa dengan sikapnya. Fikrahnya jauh berbeza dariku. Aku sudah sebati dengan tarbiyyah dari murabbiku. Dalam usrah kami dididik menjadi muslim yang peduli dengan ummah. Dalam usrah kami ditarbiyyah hidup bukan untuk diri dan keluarga semata. Kalam perjuangan ringan meniti di bibir kami. Saat kami rasa lemah dan mula berputus asa, kami akan digegarkan dengan ayat-ayat ancaman Allah pada yang lalai dalam menegakkan agamaNya. Kami risau Allah gantikan kami dengan yang lebih baik. Kami khuatir, tidak lagi berada dalam saf perjuangan ini.

Friday, 27 January 2012
~ Dia Pasti Ada..~
Mata masih tajam terpaku di depan skrin laptop 14 inci. Laptop yang berbudi. Aku beli usai mendapat gaji pertama. Sebagai kenangan peribadi. Hajat hati mahu menyudahkan perincian modul Program 'Offline With Couple' khusus untuk remaja yang akan dilaksanakan dua minggu lagi. Dahi yang tidak berkerut terus diurut. Mengharap idea terpancar dari minda yang lemas. Mana mungkin!
Aku tidak mampu membendung kegusaranku. Peluang bertemu Anisah atas urusan program ini, aku manfaatkan sebaiknya. "Anis, ana nak tanya pandangan enti sikit." Aku menyambung perbincangan kami pada isu yang lebih peribadi. "Sejak bila sopan sangat ni? Biasanya terjah soalan tak ada pun minta-minta izin." Anis menjawab pertanyaanku dengan gurauan mesra.
Anisah, sahabatku sedari zaman sekolah lagi. Teman sama berusrah, sama ditarbiyyah dan hari ini, sama berjuang. Sikapnya yang ramah sesuai dengan namanya. Tidak pernah lokek memberi pandangan walau dia saja mungkin tidak banyak pengalaman. Tetapi pembacaannya yang banyak meyakinkan aku untuk berkongsi resah. Dia sentiasa punya idea yang setidaknya mampu membantu meleraikan kusut jiwa ini. Aku sudah tidak mampu menanggungnya. Penat!
"Ana dah buat keputusan, ana nak putuskan hubungan dengan Lutfi." datar nadaku. "Haa? Bulan depan dah nak nikah kan?" Anis terkejut seperti yang aku jangkakan. Aku mengangguk lemah. Tidak mampu aku tatap wajah Anis yang kehairanan. Bebola mataku tepat memandang meja yang berselerakan dengan kertas kerja program. "Zahra, apa masalahnya? cerita dengan jelas dan terang. Insya-Allah ana akan berikan pandangan yang terbaik." Jujur Anis mahu membantuku. "Ana rasa Lutfi bukan yang terbaik untuk ana. Jiwa kami tidak serasi, matlamat kami tidak sama, impian juga berbeza. Ana penat membohongi diri sendiri. Menerimanya atas desakan abah yang risau anaknya masih belum berteman hidup." Luahku tulus dari hati. "Tak serasi macam mana maksud enti? Kenapa selama ini ana lihat enti tak ada masalah pun. Atau enti sudah ada pilihan lain?" Tanya Anis ingin penjelasan. "Bukan sebab ana ada pilihan lain. Banyak perbezaan antara ana dengan Lutfi tapi ana tak boleh ceritakan semuanya. Ana minta maaf." Aku tidak mahu membuka aib Lutfi pada Anisah. "Baiklah, ana faham dan hormati pendirian enti. Cuma yang mampu ana nasihatkan, istikharah kembali. Mohon dengan tulus dan bersungguh, Allah tunjukkan jalan keluar pada kerumitan ini. Saat dia melamar mahu jadikan enti suri hatinya, enti terima dalam keadaan yang baik. Jadi, andainya ketenangan enti hanya akan kembali dengan memutuskan pertunangan ini, tolaklah dengan cara yang baik juga. Jelaskan pada abah dan mak. Jangan sampai keresahan jiwa enti mengeruhkan hubungan dua keluarga. Ana yakin enti seorang yang rasional, bertindak dengan akal yang waras dan hati yang bersih. Insya-Allah, keputusan enti nanti natijahkan sesuatu yang positif. Doa ana iring." Tutur Anis satu persatu. Bergenang kelopak mataku.
Berbalam kulihat wajah mulus Anis. Nasihat sahabatku yang penuh hikmah. Aku menggenggam tangannya erat. Tidak terlafaz ucapan terima kasih, hanya gerak laku itu mampu kuzahirkan.
*sharing is caring: dipetik dr majalah tarbawi pas- 60 tahun mempersada gerakan.
-akan bersambung...=)
Wednesday, 14 December 2011
Wasiat Luqmanul Hakim
Siapakah Luqmanul Hakim?
Disebut dialam Al-Quran iaitu mengenai Luqman Al-Hakim. Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijjaksanaannya. Persoalannya ialah, apakah beliau seorang Nabi atau Wali ? Hikmah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Luqman boleh kita lihat dari surah Al-Luqman, ayat 12:
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. “
Daripada fatwa yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr:
“Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: “DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)”.
Didalam ayat ini menyebut bahawa Allah swt telah mengurniakan kepada Luqman Hikmah khususnya didalam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya dan kepentingan wasiat tersebut.
Terdapat beberapa perselisihan mengenai keturunan beliau, dan ia tidak mempunyai nas yang kuat.
Sebagai contoh dari riwayat Mohammad bin Ishaq :Dia adalah Luqman bin Baouraa’ bin Nahor bin Tarikh (Azar), anak saudara kepada Nabi Ibrahim.
Berkata Al-Sohailli : Beliau adalah Luqman bin ‘Anqa’ bin Saron, dimana beliau mempunyai keturunan dari Nabi-Nabi.
Berkata Al-Zamakhshari : Beliau adalah Luqman bin Baouraa’ , sepupu kepada Nabi Ayub, telah hidup selama 1,000 tahun sehingga ke zaman nabi Daud dimana beliau menerima ilmunya.
Berkata Al-Waaqadyu : Beliau merupakan seorang hakim Bani Israel dan
Berkata Sa’id bin Al-Mosaib : Luqman adalah kaum hitam dari keturunan Sudan Mesir.
Begitu juga terdapat perbezaan dari segi kemahirannya. Ada yang mengatakan Luqman sebagai Tukang Jahit, dan yang mengatakan Pencari Kayu, dan yang mengatakan beliau sebagai Gembala dan ada juga yang mengatakan beliau sebagai Tukang kayu. Dikatakan beliau seorang hitam, dua tapak kakinya ketak-ketak. Mempunyai bibir yang tebal dan kesemua cerita-cerita tidak mempunyai bukti atau dalil yang kuat. Apa yang penting ialah kita ingin tahu apakah beliau seorang Nabi, Wali atau Lelaki yang Soleh!
Yang dipersetujui keatasnya ialah beliau dikurniakan Allah HIKMAH. Wasiat dan keputusan beliau direkodkan didalam Al-Quran, dan majoriti ulama’ mengatakan bahawa beliau adalah WALI dan bukannya NABI kecuali Ikrimah mempercayai bahawa beliau seorang Nabi. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurthubi didalam menafsir surah Luqman, bahawa sesungguhnya beliau merupakan seorang yang bijak dengan Hikmah Allah swt.
Apa-apa yang sebenar berlaku (sejarah beliau) yang kita kemungkinan jahil(kurang pengetahuan) mengenainya tidak memberi kemudaratan keatas kita, dan apa yang mustahak ialah mengikuti sejarahnya (sirah) dan mengambil hikmahnya”
Kesimpulannya
Jumhur Ulama mengatakan beliau seorang Wali yang dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan yang disebut sebagai hikmah. Apa yang penting ialah pengajaran yang beliau bawa yang menjadi pelajaran kepada manusia sejagat. Dengan kurniaan Hikmah dari Allah swt disitu beliau mendapat gelaran Luqman Al-Hakim.
Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu:
1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.
3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.
5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.
6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.
7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.
8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.
9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.
10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.
11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.
12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.
14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.
15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.
16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.
17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.
18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.
19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.
20. Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.
21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.
22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.
23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.
24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.
25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.
Monday, 31 October 2011
Dimanakah anak panah Islam sekarang?
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, hari ini masih berkesempatan untuk meng'update' blog ini untuk perkongsian bersama. Beberapa hari yang lalu, ana ditakdirkan berjumpa dengan seorang akak yang sangat ana kagumi. Perwatakannya sangat sederhana, dari luaran dia kelihatan seperti orang-orang biasa sahaja, tutur katanya juga tidak lantang menyuarakan semangat jihad, namun suara yang halus dan lembut menjadi identiti seorang mujahidah Islam. Lantas ana sedar, pertemuan dengannya adalah satu tarbiyyah daripada Allah swt agar ana belajar sesuatu daripada seorang muslimah hiasan dunia ini. Pertemuan yang seketika telah menitipkan kekaguman yang besar dalam diri ana. Masya-Allah, ternyata saudaraku ini punya aura yang menyerlah.

Di akhir pertemuan dengannya, aku tertarik pada kata-kata yang dituturkannya. Katanya, dia sangat tertarik dengan kata-kata Saad bin Abi Waqqas, seorang sahabat Nabi yang dikagumi..
.....انا رمي من رماية الإسلام, فيرمي اين ما كنت
"Aku adalah anak panah, daripada panah-panah Islam, campakkanlah aku ke mana sahaja yang engkau mahu, aku tetap berjuang demi Islam."
Jom kita sama-sama selusuri sirah perjuangan Saad bin Abi Waqqas..=)

Sa'ad bin Abi Waqqash RA.
Lelaki penghuni surga di antara dua pilihan, iman dan kasih sayang. Malam telah larut, ketika seorang pemuda bernama Sa’ad bin Abi Waqqash terbangun dari tidurnya. Baru saja dia bermimpi sesuatu yang sangat mencemaskan. Ia berasa terbenam dalam kegelapan, kerongkongnya terasa sesak, nafasnya termengah-mengah, keringatnya bercucuran, keadaan sekelilingnya gelap-gelita. Dalam keadaan yang demikian dahsyat itu, tiba-tiba dia melihat seberkas cahaya dari langit yang terang-benderang. Maka dalam sekejap, berubahlah dunia yang gelap-gelita menjadi terang benderang dengan cahaya tadi. Cahaya itu menyinari seluruh penjuru bumi. Bersama dengan sinar yang cemerlang itu, Sa’ad bin Abi Waqqash melihat tiga orang lelaki, yang setelah diamati tidak lain adalah Ali bin Abi Thalib, Abu Bakar bin Abi Quhafah dan Zaid bin Haritsah.
Sejak ia bermimpi perkara itu, mata Sa'ad bin Abi Waqqash tidak mahu terpejam lagi. Kini Sa’ad bin Abi Waqqash duduk merenung untuk memikirkan erti mimpi yang baginya sangat aneh. Sampai sinar matahari mulai meninggi, rahsia mimpi yang aneh tersebut masih belum terjawab. Hatinya kini bertanya-tanya, berita apakah yang hendak saya peroleh. Seperti biasa, di waktu pagi, Sa’ad dan ibunya selalu makan bersama-sama. Dalam menghadapi hidangan pagi ini, Sa’ad lebih banyak berdiam diri. Sa’ad adalah seorang pemuda yang sangat patuh dan taat kepada ibunya. Namun, mimpi semalam dirahsiakannya, tidak diceritakan kepada ibu yang sangat dicintai dan dihormatinya. Demikian dalam sayangnya Sa’ad pada ibunya, sehingga seolah-olah cinta Sa’ad hanya untuk ibunya yang telah memelihara dirinya sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kelembutan dan berbagai pengorbanan.
Pekerjaan Sa’ad adalah membuat tombak dan lembing yang diruncingkan untuk dijual kepada pemuda-pemuda Makkah yang senang berburu, meskipun ibunya terkadang melarangnya melakukan usaha ini. Ibu Sa’ad yang bernama Hamnah binti Suyan bin Abu Umayyah adalah seorang wanita hartawan keturunan bangsawan Quraisy, yang memiliki wajah cantik dan anggun. Disamping itu, Hamnah juga seorang wanita yang terkenal cerdik dan memiliki pandangan yang jauh. Hamnah sangat setia kepada agama nenek moyangnya, yaitu penyembah berhala.
Pada suatu hari tabir mimpi Sa'ad mulai terbuka, ketika Abu Bakar As Siddiq mendatangi Sa'ad di tempat pekerjaannya dengan membawa berita dari langit tentang diutusnya Muhammad Saw, sebagai Rasul Allah. Ketika Sa’ad bertanya, siapakah orang-orang yang telah beriman kepada Muhammad Saw, dijawab oleh Abu Bakar As Siddiq, dirinya sendiri, Ali bin Abi Thalib, dan Zaid bin Haritsah. Muhammad Saw, mengajak manusia menyembah Allah Yang Esa, Pencipta langit dan bumi. Seruan ini telah mengetuk pintu hati Sa’ad untuk menemui Rasulullah Saw, untuk mengucapkan dua kalimat syahadat. Kalbu Sa'ad telah disinari cahaya iman, meskipun usianya waktu itu baru menginjak tujuh belas tahun. Sa’ad termasuk dalam deretan lelaki pertama yang memeluk Islam selain Ali bin Abi Thalib, Abu Bakar As Siddiq dan Zaid bin Haritsah. Cahaya agama Allah yang memancar ke dalam kalbu Sa’ad, sudah demikian kuat, meskipun ia mengalami ujian yang tidak ringan dalam memeluk agama Allah ini.
Diantara ujian yang dirasa paling berat adalah, karena ibunya yang paling dikasihi dan disayanginya itu tidak rela ketika mengetahui Sa’ad memeluk Islam. Sejak memeluk Islam, Sa'ad telah melaksanakan solat dengan sembunyi-sembunyi di kamarnya. Sampai pada suatu saat, ketika ia sedang bersujud kepada Allah, secara tidak sengaja, ibu yang belum mendapat hidayah dari Allah ini melihatnya. Dengan nada sedikit marah, Hamnah bertanya : "Sa'ad, apakah yang sedang kau lakukan ?" Rupanya Sa’ad sedang berdialog dengan Tuhannya; ia tampak tenang dan khusyu' sekali. Setelah selesai menunaikan Solat, ia berbalik menghadap ibunya seraya berkata lembut. "Ibuku sayang, anakmu tadi bersujud kepada Allah Yang Esa, Pencipta langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Mendengar jawapan anaknya, sang ibu mulai naik darah dan berkata : "Rupanya engkau telah meninggalkan agama nenek moyang kita, Tuhan Lata, Manata dan Uzza. Ibu tidak rela wahai anakku. Tinggalkanlah agama itu dan kembalilah kepada agama nenek moyang kita yang telah sekian lama kita anut". "Wahai ibu, aku tidak dapat lagi menyekutukan Allah, Dia-lah Dzat Yang Tunggal, tiada yang setara dengan Dia, dan Muhammad adalah utusan Allah untuk seluruh umat manusia," jawab Sa'ad.
Kemarahan ibunya semakin menjadi-jadi, karena Sa’ad tetap berkeras dengan keyakinannya yang baru ini. Oleh karena itu, Hamnah berjanji tak akan makan dan minum sampai Sa’ad kembali taat memeluk agamanya semula. Sehari telah berlalu, ibu ini tetap tidak mau makan dan minum. Hati Sa’ad merintih melihat ibunya, tetapi keyakinanya terlalu mahal untuk dikorbankan. Sa'ad datang memujuk ibunya dengan mengajaknya makan dan minum bersama, tapi ibunya menolak dengan harapan agar Sa’ad kembali kepada agama nenek moyangnya. Kini Sa’ad makan sendirian tanpa ditemani ibunya. Hari keduapun telah berlalu, ibunya tampak letih, wajahnya pucat-lesi dan matanya cekung, ia kelihatan lemah sekali. Tidak ada sedikitpun makanan dan minuman yang dijamahnya. Sa’ad sebagai seorang anak yang mencintai ibunya bertambah sedih dan terharu sekali melihat keadaan Hamnah yang demikian.
Malam berikutnya, Sa’ad kembali memujuk ibunya, agar mahu makan dan minum. Namun ibunya adalah seorang wanita yang berpendirian keras, ia tetap menolak ajakan Sa’ad untuk makan, bahkan ia kembali merayu Sa’ad agar menuruti perintahnya semula. Tetapi Sa’ad tetap pada pendiriannya, ia tak mahu menjual agama dan keimanannya kepada Allah dengan sesuatupun, sekalipun dengan nyawa ibu yang dicintainya. Imannya telah membara, cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya telah sedemikian dalam. Di depan matanya ia menyaksikan keadaan ibunya yang meluluhkan hatinya, namun dari lidahnya keluar kata-kata pasti yang membingungkan lbunya; Demi Allah, ketahuilah wahai ibunda sayang, seandainya ibunda memiliki seratus nyawa lalu ia keluar satu persatu, tidaklah anakanda akan meninggalkan agama ini walau ditebus dengan apa pun juga. Maka sekarang, terserah kepada ibunda, apakah ibunda akan makan atau tidak". Kata kepastian yang diucapkan anaknya dengan tegas membuat ibu Sa’ad bin Abi Waqqash tertegun sesaat.
Akhirnya ia mulai mengerti dan sedar, bahwa anaknya telah memegang teguh keyakinannya. Untuk menghormati ibunya, Sa’ad kembali mengajaknya untuk makan dengannya, karena ibu ini telah merasakan kelaparan yang amat sangat dan ia telah memaklumi pula bahawa anak yang dicintainya tidak akan mundur setapakpun dari agama yang dianutnya, maka ibu Sa’ad mundur dari pendiriannya dan memenuhi ajakan anaknya untuk makan bersama. Alangkah gembiranya hati Sa’ad bin Abi Waqqash. Ujian iman ternyata dapat diatasinya dengan ketabahan dan memohon pertolongan Allah.
Keesokan paginya, Sa’ad pergi menuju ke rumah Nabi Saw. Sewaktu ia berada di tengah majlis Nabi Saw, turunlah firman Allah yang menyokong pendirian Sa’ad bin Abi Waqqash:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu-bapamu; hanya kepada-Ku-lah tempat kamu kembali. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu turuti keduanya, dan bergaullah dengan keduanya didunia dengan baik dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. Maka Kuberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Q.S. Luqman: 14-15).
Demikianlah, keimanan Sa’ad bin Abi Waqqash kepada Allah dan Rasul-Nya telah mendapat keredhaan Ilahi. Al-Qur’an telah mengabadikan peristiwa itu menjadi pedoman buat kaum Muslimin. Terkadang Sa’ad mencucurkan air matanya apabila dia berada di dekat Nabi Saw. Ia adalah seorang sahabat Rasul Allah Saw, yang diterima amal ibadahnya dan diberi nikmat dengan doa Rasul Allah Saw, agar doanya kepada Allah dikabulkan. Apabila Sa'ad bermohon diberi kemenangan oleh Allah pastilah Allah akan mengabulkan doanya.
Pada suatu hari, ketika Rasulullah saw, sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap ke langit seolah mendengar bisikan malaikat. Kemudian Rasul kembali menatap kepada sahabatnya dengan berkata : "Sekarang akan ada di hadapan kalian seorang laki-laki dari penduduk syurga". Mendengar ucapan Rasulullah saw, para sahabat melihat ke kanan dan ke kiri pada setiap arah, untuk melihat siapakah gerangan lelaki berbahagia yang menjadi penduduk syurga.
Tidak lama berselang datanglah laki-laki yang ditunggu itu, dialah Sa’ad bin Abi Waqqash. Disamping terkenal sebagai anak yang berbakti kepada orang tua, Sa’ad bin Abi Waqash juga terkenal kerana keberaniannya dalam peperangan membela agama Allah. Ada dua hal penting yang dikenal orang tentang kepahlawanannya. Pertama, Sa’ad adalah orang yang pertama melepaskan anak panah dalam membela agama Allah dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Dan yang kedua, Sa’ad adalah satu-satunya orang yang dijamin oleh Rasulullah saw dengan jaminan kedua orang tua Nabi Saw. Bersabda Nabi Saw, dalam perang Uhud :”Panahlah hai Sa’ad ! Ayah-Ibuku menjadi jaminan bagimu”. Sa’ad bin Abi Waqqash, hampir selalu menyertai Nabi Saw dalam setiap pertempuran.
Doa Sa’ad bin Abi Waqqash yang sentiasa dikabulkan
Diriwayatkan dari Qais, bahwa Sa’ad menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw pernah bersabda,“Ya Allah, kabulkanlah Sa’ad jika dia berdoa.”
Manakala beliau didoakan seperti itu oleh Nabi saw, maka setiap doanya senantiasa dikabulkan oleh Allah. Diriwayatkan dari Jabir bin Samurah, dia berkata,“Suatu ketika penduduk Mekah mengadukan Sa’ad bin Abi Waqqash kepada Umar bin Khattab, mereka mengatakan bahwa solatnya tidak baik. Sa’ad kemudian membantah, ‘Aku mengerjakan solat sesuai dengan solatnya Rasulullah saw. Solatku pada waktu Isya', aku lakukan dengan lama pada dua rakaat pertama sedangkan pada dua rakaat terakhir aku lakukan dengan ringkas.’ Mendengar itu Umar bin Khattab berkata, “Bererti itu hanya prasangka terhadapmu wahai Abu Ishaq.’ Dia kemudian mengutus beberapa orang untuk bertanya tentang dirinya di Kufah, ternyata ketika mereka mendatangi masjid-masjid di Kuffah, mereka mendapat informasi yang baik, hingga ketika mereka datang ke masjid Bani Isa, seorang lelaki bernama Abu Sa’dah berkata, ‘Demi Allah, dia tidak adil dalam menetapkan hukum, tidak membagi secara adil dan tidak berjalan (untuk melakukan pemeriksaan) di waktu malam. Setelah itu Sa’ad bin Abi Waqqash berkata, ‘Ya Allah, jika dia bohong maka butakanlah matanya, panjangkanlah usianya dan timpakanlah fitnah kepadanya.’”
Abdul Malik berkata,“Pada saat itu aku melihat Abu Sa’dah menderita penyakit tuli dan jika ditanya bagaimana keadaanmu, dia menjawab, ‘Orang tua yang terkena fitnah, aku terkutuk oleh doa Sa’ad.”(HR. Muttafaq ‘Alaihi).
Diriwayatkan dari Ibnu Al Musayyib, bahawa suatu ketika seorang lelaki mencela Ali bin Abu Thalib, Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam. Mendengar itu, Sa’ad menegurnya,“Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku.’ Tetapi lelaki itu tidak mahu menerima. Setelah itu Sa’ad berdiri, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa. Tiba-tiba seekor unta bukhti (peranakan unta Arab dan Dakhil) muncul menyerang lelaki tersebut hingga jatuh tersungkur di atas tanah, lantas meletakkannya di antara dada dan lantai hingga akhirnya ia terbunuh. Aku melihat orang-orang mengikuti Sa’ad dan berkata, ‘Selamat kamu wahai Abu Ishaq, doamu terkabulkan.’”
Sejarah mencatat, hari-hari terakhir Panglima Sa’ad bin Abi Waqqash ialah ketika ia memasuki usia lapan puluh tahun. Dalam keadaan sakit Sa’ad bin Abi Waqqash berpesan kepada para sahabatnya, agar ia dikafani dengan Jubah yang digunakannya dalam perang Badar, sebagai perang kemenangan pertama untuk kaum muslimin. Pahlawan perkasa ini telah menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 55 H dengan meninggalkan kenangan indah dan nama yang harum. Ia dimakamkan di pemakaman Baqi’, makamnya para Syuhada.
Setelah membaca kisah Sa'ad bin Abi Waqqas ini, ana berfikir: "masih adakah anak panah Islam pada hari ini? Jika ada, di manakah dia? dan mampukah ana juga menjadi anak panah Islam itu?"
Subscribe to:
Posts (Atom)