Saturday 20 August 2011

Hidup ini indah...

.....السلام عليكم




ehem-ehem, gambar-gambar di atas hanya sebagai muqaddimah untuk post hari ini yang bertajuk "hidup ini indah......". Sabtu (20/8/2011), satu hari yang sangat-sangatlah memenatkan untuk ana dan sahabat-sahabat di IPGKPI. Bermula dari jam 7.30 pagi, kami harus menaiki bas untuk ke masjid Al-hasanah untuk majlis tadarus dan khatam al-Qur'an disana...sebelum menaiki bas, sempat lg posing..huhu. Majlis yg serba ringkas (ringkas ke kalu sampai 6 jam??) itu berakhir lebih kurang jam 1.30 ptg..
Pada waktu ptg plak sekitar jam 5.30 ptg, ana dan kak Nurul Atikah serta seorang lg sahabat berjalan-jalan ke Kompleks PKNS, Bangi. Memandangkan hari dh lewat, jd kami berbuka diluar sahaja. Selepas berbuka, susah plak nk cari surau, lepas turun kena naik smula sbb ada akak ni kata yg surau kt atas plak...lepas naik tingkat 3 ke 4 (x ingat..huhu), sampailah dekat surau yg agak comel sbb kami terpaksa berhimpit dan bersesak utk solat maghrib. Selepas solat, sempat lg bergambar..(mmg jiwa artis btul..)..


(x pasal2 pintu mana ntah yang jadi background utk bergambar..layann je la.)
Sebenarnya, tajuk post kali ini yang bertajuk 'hidup ini indah' adalah berdasarkan kenangan hari ini..bagi ana, tautan ukhuwwah merealisasikan segalanya. Dari pagi sampailah ke malam, duduk bersama2 dgn sahabat yang sudi meluangkan masa dgn mencontohi cara Rasulullah mengeratkan ukhuwwah dgn sahabat-sahabat iaitu dgn cara bertadarus dan makan bersama..=)
p/s: SANAH HELWAH untuk akak tersayang, SITI ROHAIZAN kerana hari ini dia menyambut hari jadinya yang ke....(umur dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..cewahh)...selamat hari jadi akak sygg...semoga sentiasa dalam rahmat Allah, semakin meningkat usia, semakin dekat kita dgn kematian jd jgn sia-siakan nikmat keHIDUPan yg INDAH yang Allah kurniakan ini...sayang andak sgt2...


Thursday 18 August 2011

Aku Merinduimu...


…AKU MERINDUIMU.
22  MAC...
* Duhai sahabat, hari ini aku berhijrah ke daerah baru, jauh lagi asing bagiku.  Jauh darimu seorang sahabat yang amat bermakna dalam hidupku, seorang sahabat yang mengajarku erti persahabatan kerana darimu aku belajar untuk menghargai seorang sahabat dan menyedarkan aku indahnya ukhuwwah yang terbina kerana Allah swt berlandaskan syariat dan contoh ikutan Rasulullah saw dalam bersahabat. Sahabat, sedetik sebelum keberangkatanku, Alhamdulillah aku dapat merasakan kehangatan pelukan darimu sahabat, ternyata kau juga berperasaan sepertiku, sebak dan berat untukku melangkah meninggalkan dirimu..”sesungguhnya kita dipertemukan kerana Allah, maka perpisahan kita ini juga kerana-Nya yang maha Esa, semata-mata demi menyebarkan syiar Islam dan demi melihat Dakwah kembali subur di bumi Allah ini…”ucapku sebagai pemangkin semangat buatmu namun hakikatnya aku juga semakin lemah melihat air mata ukhuwwah yang terbit dari hati seorang insan bernama sahabat..AKU MERINDUIMU SAHABAT. Perpisahan kita diiringi kata-kata puitis bertemakan sahabat dan perjuangan..
MALAM SIANG BERLALU
GERHANA KESAYUAN TIADA BERKESUDAHAN
DETIK MASA BERLALU TIADA BERHENTI
OH SYAHDUNYA
SEJENAK KU TERKENANG
HAKIKAT PERJUANGAN PENUH ONAK DAN CABARAN
BERSAMA TEMAN-TEMAN HARUNGI KEHIDUPAN
OH INDAHNYA
BERAT RASANYA DI DALAM JIWA
UNTUK MELANGKAH MENINGGALKAN SEMUA
KASIH DAN CINTA YANG TERBINA
IA KAN SELAMANYA..
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU
SEMOGA ALLAH BERKATIMU
KENANGAN INDAH BERSAMAMU
TAKKAN KU BIAR IA BERLALU
BERJUANGLAH HINGGA KE AKHIRNYA
DAN INGATLAH SEMUA IKRAR KITA..
cukuplah sekadar itu, aku sendiri sudah tersedu-sedu tanda aku tindak sanggup lagi mendengar lagu tersebut, seolah-olah kita tidak akan berjumpa lagi, biarlah tidak bertemu lagi di dunia tetapi aku berharap berkat ukhuwwah ini, kita masih berpeluang bertemu di Aljannah kelak.



26 JULAI…

*Duhai sahabat, kehidupan di daerah baru bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan. Di sini, istilah ukhuwwah itu wujud namun hanya sekadar kata-kata, tidak direalisasikan dengan perbuatan dan hati yang ikhlas kerana Allah. Lantas aku berasa kosong hatiku tanpa kehadiranmu sahabat. Ukhuwwah di sini tiada ertinya,lantas memoriku berlayar mengingat kembali saat indahnya kita menjalin ukhuwwah walau di kejauhan. Tambahan lagi,sejak keberadaanku disini, aku sering sakit. Tidak ku tahu hujung pangkalnya mengapa sering sahaja aku berasa tidak sihat. Mungkin penghapusan dosa-dosa buatku atau mungkin tidak lama lagi aku………………..,begitu murah air mata bondaku untuk anaknya yang satu ini. Sahabat,andai satu hari nanti realitinya jarak antara kita dipisahkan oleh alam barzakh, ku mohon agar semua kesalahan dan kekhilafan yang aku lakukan selama kita berukhuwwah dapat kau maafkan, sedekahkan juga Al-Fatihah agar diriku tenang selalu..(^_^)
Di daerah baru ini, tiada kerisauan yang setanding kerisauanmu sahabat tatkala aku jatuh sakit dahulu. Seringkali kau yang keletihan menjagaku demi melihat sahabatmu ini bangkit semula. Saat aku jatuh di kaki ujian yang menduga diriku sebagai da’ie, saat aku lemah digoncang jawatan yang menjadi amanah yang aku harus tanggung di dunia dan harus aku jawab di akhirat, kau datang menghulurkan semangat agar aku bangkit menempuhinya demi ingin melihat Islam di langit kecemerlangan dan kehormatan...”perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis..”kata-katamu masih tersimpan rapi di kotak memori..AKU MERINDUIMU SAHABAT.
KULAYARKAN KERINDUAN DI LAUTAN MEMORI
MENGIMBAU KENANGAN INDAH YANG MENYENTUH EMOSI
MASIH SEGAR DI INGATAN SAAT MESRA BERPUTIK
HADIRMU BAWA SINARAN CAHAYA INSPIRASI
SAHABAT..KAU SESUNGGUHNYA
TEMANKU DI KALA SUKA DAN LARA
TIKA KU BUNTU DISELUBUNGI SENDU
KAU TIUPKAN KETABAHAN UNTUK KU UKIR SENYUMAN
BAGAIKAN MENDUNG HILANG DI TERBIT FAJAR
KAU PERGI JAUH MENGEJAR CITA
MENGGAPAI REDHA YANG ESA
DUHAI SAHABAT DENGARKANLAH BICARA HATIKU INI
MESKIPUN JARAK MEMISAHKAN
NAMUN TIADA NOKTAH KASIH
BIARLAH WAKTU MENENTUKAN
NILAI UKHUWWAH YANG TERJALIN
TERUSKANLAH PERJUANGAN HINGGA
KETITISAN DARAH TERAKHIR…


08 OGOS….
*Duhai sahabat, aku pernah menegurmu atas kekhilafan yang engkau lakukan, aku pernah menasihatimu atas perbuatanmu yang tidak mengikut syariat Allah, aku pernah mendiamkan diri andai aku rasa tidak mampu untuk membimbingmu, aku sememangnya melakukannya kerana didorong rasa sayang terhadapmu wahai sahabat,namun itu dulu. Ketika engkau wahai sahabat sayang masih belum mengenali erti ISLAM dengan lebih dalam. Dan kini, telah aku lihat engkau menjadi muslimah sejati yang sangat menitikberatkan perihal perintah Allah  dan pesanan Rasulullah. Dan aku gembira, kini kau juga mampu membimbingku dan kita sama-sama berjuang untuk menggapai redha Allah yang satu…
SYUKUR SUNGGUH DI HATI INI,
DIKURNIAKAN TEMAN SEJATI,
MENUNJUK JALAN DEKATINYA
TIKA DIRI DALAM KEBUNTUAN
BETAPA KU MENGHARGAI
KEJUJURAN YANG KAU BERI
MENGAJARKU MENGENAL ERTI
CINTA HAKIKI YANG ABADI
TIADA YANG MENJADI IMPIAN
SELAIN RAHMAT KASIHMU TUHAN
YANG TERBIAS PADA KETULUSAN
SEKEPING HATI SEORANG INSAN
BERNAMA TEMAN..

23    0KT..




*Ya Allah, kiranya Rasulmu hidup bersahabat, kurniakan jua aku sahabat tetapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkan-Mu seperti kebenaran As-Siddiq, biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmu-Mu seperti Ali Karamallhu Wajhah. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah aku selami…(^_^)..

Tuesday 16 August 2011

Ahlan Wasahlan dan Salam Ukhuwwah

....السلام عليكم
Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dipanjatkan buat pemilik cinta dan pemilik nyawa kerana hari ini masih diberi peluang untuk berkongsi coretan dengan rakan ukhuwwah. Ahlan Wasahlan untuk sahabat-sahabat yang menziarahi blog ini, Ahlan Wasahlan juga untuk ana kerana disini bermulanya perkongsian ana dengan semua..huhu. Ana harap kita dapat sama-sama berkongsi kerana itulah tujuan utama ana melakar blog ini. Ana hanya seorang manusia biasa, punya kekurangan yang perlu dibaiki. Harap semua dapat tegur-tegur ea..Akhir kalam, Salam ukhuwwah dan salam sayang kerana Allah buat semua. Coretan ringkas untuk permulaan hari yang padat..huhu.
TINTA HATI, kembara hamba menuju destinasi abadi.